Sabtu, 28 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
2014
»
bajet
»
bantu
»
pelajar
»
perak
»
tercicir
»
tidak
»
Bajet Perak 2014 Tidak Bantu Pelajar Tercicir

Bajet Perak 2014 Tidak Bantu Pelajar Tercicir

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa Bajet Perak 2014 seperti yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru–baru ini tidak memberi perhatian terhadap usaha membantu pelajar kurang cerdik.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, bajet untuk negeri Perak itu tidak memberi peruntukkan kepada pelajar kurang berkemahiran dalam fokus kedua Bajet Perak 2014.
“Fokus kedua bajet kali ini lebih menumpukan kepada pelajar peringkat universiti dengan beberapa peruntukan seperti pemberian dermasiswa yang melibatkan peruntukan RM11 Juta kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) RM16 Juta.
“Turut ditumpukan adalah peruntukan biasiswa anak-anak Melayu dan bukan Melayu RM5 Juta dan peruntukan Program Pengupayaan Mahasiswa RM1.5 Juta,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja Ahmad seterusnya mendakwa, hanya beberapa peruntukan yang dilihat tidak sebagai fokus utama kepada pelajar yang terpinggir seperti peruntukan pemetaan minda sebanyak RM3.5 Juta, peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat RM3 Juta.
Dakwa beliau, peruntukkan lain seumpama itu adalah bagi tuisyen `online’ RM2.5 Juta dan tuisyen Gemilang RM1 Juta.
Manakala, Tabung Khas Pendidikan Anak-Anak Kaum India sebanyak RM1 Juta, bagi Tabung Pendidikan Negeri berjumlah RM500,000 dan untuk Program Kecemerlangan Murid Orang Asli sebanyak RM500,000 juga didakwa tidak menumpukan kepada yang kurang bernasib baik.
“Kami melihat peruntukan ini hanya memberikan faedah kepada mereka yang akan menyambung pembelajaran ke universiti semata-mata,” dakwanya.
Justeru, beliau menggesa peruntukkan bajet itu diperhalusi semula demi kepentingan golongan muda yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada kerajaan.
“Kami secara terbuka ingin mengadakan perbincangan dua hala dengan kerajaan negeri bagi memberik input dan pandangan,” katanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar